26 November 2025 | Ruang Telaah PTAR UiTM Shah Alam - Program ini merupakan kesinambungan usaha PTAR dalam memperkasa kompetensi kepimpinan pustakawan, khususnya kumpulan middle management, agar berupaya memimpin perubahan, mengurus pasukan dengan berkesan serta menyumbang secara strategik kepada visi dan misi UiTM.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh:
Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan
Ketua Pustakawan UiTM
Program ini turut menampilkan dua tokoh tersohor iaitu:
1. YBhg. Datuk Mustaffa Kamil Ayub
Ahli Lembaga Pengarah UiTM
“Mengurus Perubahan dengan Jiwa MADANI: Kepimpinan Berteraskan Emosi dan Nilai”
2. YBhg. Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak
Mantan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
“Humanizing Librarian in a Digital World: Connecting Knowledge, People and Purpose”
Program ini membawa impak penting dalam memperkukuh peranan pustakawan sebagai pemimpin masa hadapan yang bukan sahaja mahir dalam aspek teknikal, tetapi juga memiliki nilai kemanusiaan, empati, pemikiran strategik dan kemampuan mengintegrasi teknologi digital, sejajar dengan aspirasi UiTM sebagai Vibrant Centre of Learning.
Baca lanjut : https://www.facebook.com/share/p/1Bom4cJNrV/

Catat Ulasan