5 November 2025, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah menganjurkan Sesi Perkongsian Ilmu Siri 1 yang menghimpunkan warga PTAR untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan dan pembelajaran daripada penglibatan mereka dalam program dan persidangan di peringkat antarabangsa.
Program dimulakan dengan sesi perkongsian oleh Encik Abdul Razak bin Abdul Rahman yang berkongsi pengalaman Lawatan Kerja ke Muzium Manuskrip Al-Quran Narathiwat, Thailand bagi menjalin kerjasama dan kolaborasi dalam pembangunan Koleksi Manuskrip Melayu Jawi.
Sesi diteruskan dengan perkongsian oleh Dr. Nurul Aida binti Noor Azizi yang membentangkan pengalaman beliau dalam International Conference on Libraries (ICOL) 2025, memberi pendedahan kepada trend, inovasi dan hala tuju terkini dalam bidang perpustakaan di peringkat global.
Pada sesi terakhir, Encik Abdul Halim Mohd Daud pula berkongsi pengalaman beliau menyertai Program VCSP P401: UiTM Talent Quest Global Outreach di Thailand yang memberi inspirasi dalam memperkukuh bakat dan jaringan profesional di peringkat antarabangsa.
Sesi perkongsian ini bukan sahaja memperkayakan ilmu warga PTAR, malah menjadi platform penting dalam memperkukuh budaya pembelajaran berterusan serta memperluas jaringan kolaborasi antarabangsa Perpustakaan UiTM.



Catat Ulasan