Pembentangan Pelaporan Perancangan Strategik Perpustakaan UiTM Suku Ketiga 2025 bermula jam 9.15 pagi secara atas talian.
Seramai 378 warga Perpustakaan UiTM hadir bagi mengikuti pembentangan menyeluruh melibatkan KPI Jabatan, KPI Universiti, serta Indeks Prestasi Perpustakaan UiTM.
Dalam ucapan penggulungan, Ketua Pustakawan UiTM turut membentangkan hala tuju dan perancangan perpustakaan 2026–2030, yang menjadi rujukan penting kepada Ketua Perpustakaan Cawangan untuk penyediaan pelan tindakan tahun 2026.
Sesi ini menjadi platform penyampaian yang berkesan, membolehkan semua warga perpustakaan mendapatkan maklumat terkini, memahami pencapaian semasa, dan mengikuti perkembangan baharu yang sedang digerakkan di peringkat universiti dan jabatan.
Terima kasih kepada semua warga perpustakaan yang hadir dan sentiasa komited dalam memperkukuh masa depan Perpustakaan UiTM. Bersama kita terus melangkah sebagai Vibrant Centre of Learning!

BAca lanjut : https://www.facebook.com/share/p/178ZrGW7qc/

Post a Comment

Terbaru Lebih lama