Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM dengan penuh penghargaan mengumumkan penerimaan 825 naskhah buku undang-undang daripada mendiang Tan Sri Dato’ Seri Dr. Visu Sinnadurai, bekas Hakim Mahkamah Tinggi Malaya dan mantan Dekan Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya.
Koleksi bernilai ini merangkumi pelbagai laporan kes, jurnal perundangan, ulasan akademik serta bahan rujukan penting yang amat signifikan untuk tujuan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan.
Terima kasih atas kepercayaan dan sumbangan yang mengukuhkan lagi peranan PTAR sebagai Vibrant Centre of Learning.
Baca lanjut : https://www.facebook.com/share/p/17GDrLE5GN/

Catat Ulasan