Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM terus memperluas jaringan kolaborasi strategik melalui penglibatan dalam Bengkel Kebestarian Broadcasting TVPSS 2025, anjuran Kolej Vokasional Pasir Gudang bersama Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang.
Bengkel ini memberi pendedahan intensif kepada pelajar dalam:
Program diteruskan dengan Bengkel Bacaan Pantas oleh
Cik Ummi Halimatunssaadiyya Binti Shamsul Yuzli
dibantu oleh Norainzatul Husna Binti Mohd Desa.
• Meningkatkan keupayaan fokus & kecekapan membaca
• Menguasai teknik imbasan (skimming), imbasan pantas (scanning) dan pemetaan minda
• Membina budaya pembelajaran kendiri dan literasi maklumat dalam kalangan pelajar
• Peningkatan kelajuan & kefahaman bacaan
• Keyakinan lebih tinggi dalam pembentangan & kerja kreatif
• Memupuk generasi celik maklumat dan berfikir kritis–selaras keperluan pembelajaran abad ke-21
Turut hadir memberikan sokongan YBrs. Tuan Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan, Ketua Pustakawan UiTM, yang menekankan bagaimana literasi digital, penyiaran dan bacaan pantas membentuk asas kecemerlangan pelajar masa depan.
PTAR komited menjadi rakan kolaborasi pendidikan yang aktif dalam memperkasa bakat muda dan komuniti melalui ilmu, teknologi dan inovasi.
Baca lanjut : https://www.facebook.com/share/p/16Ukv2afW9/

Catat Ulasan