Jabatan Perpustakaan UiTM merakamkan setinggi-tinggi ucapan Tahniah & Syabas kepada warga perpustakaan yang telah berjaya menamatkan pengajian dan menerima ijazah sempena Istiadat Konvokesyen UiTM ke-103 (6 Disember 2025 / 15 Jamadilakhir 1447H).
Penerima Ijazah:
Nur 'Afina Binti Zamri
Pembantu Pustakawan
Seksyen Dokumen Sejarah Universiti
Bahagian Arkib Universiti
- Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) – Pengurusan Perpustakaan -
Pencapaian ini bukan sahaja mencerminkan usaha gigih, ketekunan dan komitmen tinggi mereka, malah turut menjadi inspirasi kepada seluruh warga perpustakaan dalam memperkasa budaya ilmu dan profesionalisme kerja.
Semoga kejayaan ini membuka lebih banyak ruang perkembangan kerjaya serta menyumbang kepada kecemerlangan perkhidmatan perpustakaan UiTM.

Catat Ulasan