21 Januari 2026 | Platform: Google Meet

Unit Literasi Maklumat, Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan, PTAR telah menganjurkan Bengkel PRIMe UiTM: Coordinator Excellence yang bertujuan memperkukuh kefahaman dan keupayaan Koordinator PRIMe dalam pengurusan serta pelaksanaan PRIMe.

Bengkel ini juga berperanan memperkasa Koordinator PRIMe melalui penerangan berkaitan peranan dan tanggungjawab, penyelarasan hala tuju PRIMe UiTM, pemantapan dokumentasi serta perkongsian penyelesaian terhadap isu dan cabaran sebenar bagi proses semakan dan verifikasi penerbitan universiti.

Penganjuran bengkel ini memberi penekanan kepada:

✔️ Kefahaman hala tuju dan objektif PRIMe

✔️ Pemantapan peranan Koordinator PRIMe

✔️ Pengurusan dokumentasi dan pembuktian yang tepat

✔️ Perkongsian isu, cabaran dan penyelesaian secara kolektif


Seramai 40 orang koordinator (Pustakawan) dan pembantu pustakawan dari seluruh cawangan hadir serta Encik Ahamad Zuber Mohamed (Ketua Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan) turut bersama-sama dalam bengkel ini. Bengkel ini dibahagikan kepada 4 sesi yang telah disampaikan oleh:

Puan Eza Eliana A.Wahid (Ketua Unit Literasi Maklumat)

Puan Zuhaslinda Sulaiman (Seksyen Sokongan Penyelidikan)

Puan Nik Zatihulwani Jamaludin (Seksyen Sitasi dan Infometrik)

Semoga bengkel ini dapat menjadi platform perkongsian ilmu dan amalan terbaik dalam memastikan pengurusan PRIMe UiTM yang lebih sistematik dan berimpak tinggi serta menyumbang kepada kecemerlangan akademik universiti secara berterusan.


Post a Comment

Terbaru Lebih lama