PTAR merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas penyerahan sumbangan sebanyak 80 buah buku merangkumi Koleksi Perubatan dan Koleksi Novel oleh Puan Samantha Woo Huey Mint bersama anak tersayang. Sumbangan bernilai ini bukan sekadar menambah koleksi perpustakaan, malah menjadi jambatan ilmu yang bakal dimanfaatkan oleh warga universiti untuk pembelajaran, rujukan dan pembacaan santai.
Daripada sebuah keluarga lahirnya sumbangan ikhlas, dan kepada ribuan pembaca PTAR manfaatnya berpanjangan. Setiap helaian membawa makna, setiap sumbangan meninggalkan legasi ilmu.
Baca lanjut: https://www.facebook.com/share/p/1D4CZ5YWXc/

Catat Ulasan