Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM terus komited memelihara dan memartabatkan khazanah intelektual bangsa melalui pembangunan Koleksi Khas Jawi. Seiring usaha ini, PTAR telah menerima sumbangan berharga sebanyak sebelas (11) naskhah Koleksi Jawi daripada Saudara Muhammad Sufian Abdul Manan, Penolong Pendaftar Kanan, Penerbit UiTM.
📖
Sumbangan tersebut telah diterima secara rasmi oleh Encik Abdul Razak Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pustakawan (M) (KUP) PTAR, sebagai manifestasi sokongan terhadap agenda pemuliharaan dan pengembangan koleksi warisan bertulisan Jawi di perpustakaan universiti.
Peranan pustakawan amat signifikan dalam membangunkan Koleksi Khas Jawi ini. Pustakawan bukan sahaja bertindak sebagai penerima dan penjaga bahan, malah berperanan:
• Mengenal pasti dan menilai nilai ilmiah serta sejarah naskhah Jawi.
• Mengurus pemeliharaan, pendokumentasian dan pendigitalan bagi memastikan kelestarian jangka panjang.
• Memudah cara akses dan penggunaan koleksi sebagai sumber rujukan primer untuk pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan.
Melalui sumbangan dan kolaborasi berterusan seperti ini, perpustakaan berperanan sebagai pemangkin budaya ilmu, memastikan tulisan Jawi terus relevan, dihargai dan diwarisi oleh generasi masa hadapan.

Baca lanjut: https://www.facebook.com/share/p/17dc3uBxK4/

Post a Comment

Terbaru Lebih lama