Ketua Pustakawan Universiti Teknologi MARA, Tuan Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka, pada 7 Januari 2026 (Rabu) bertempat di Seri Negeri Melaka.
Kunjungan ini bertujuan memperkukuh kerjasama strategik serta memperkasa pembangunan dan pengurusan perpustakaan serta pusat sumber sebagai pemangkin budaya ilmu, pemeliharaan warisan dan transformasi pengetahuan di peringkat negeri serta institusi pendidikan.
Dalam pertemuan tersebut, Perpustakaan UiTM turut menyatakan kesediaan untuk membantu dari segi pendigitalan khazanah ilmu dan warisan, selain meneroka kolaborasi strategik bersama Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) bagi memperluas akses, pemeliharaan kandungan intelektual serta pengembangan jaringan ilmu di peringkat nasional dan antarabangsa.
Turut hadir Rektor UiTM Cawangan Melaka, YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr. Haji Mohd Rasdi bin Haji Zaini, bersama Encik Norhazlan Nordin, Ketua Perpustakaan UiTM Cawangan Melaka.
Pertemuan ini mencerminkan komitmen berterusan UiTM dalam menyokong agenda literasi, pemerkasaan ilmu dan pengukuhan ekosistem perpustakaan yang inklusif, berdaya saing dan mampan.

Catat Ulasan