Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah mengadakan sesi lawatan dan penilaian koleksi buku bersama YBhg. Dato’ Ghazali Dato’ Yusoff, Pengerusi Eksekutif Nusantara Technologies Sdn. Bhd., pada 8 Januari 2026.
Sesi ini bertujuan meneliti koleksi buku yang dicadangkan untuk disumbangkan kepada Perpustakaan UiTM, sejajar dengan usaha memperkaya sumber rujukan akademik dan memperkukuh ekosistem ilmu universiti.
Turut hadir ialah Puan Nurul Farihah Sarmin Panut dan Encik Abdul Razak Abdul Rahman, yang bersama-sama terlibat dalam sesi penilaian serta perbincangan profesional berkaitan pembangunan koleksi perpustakaan.
PTAR UiTM merakamkan penghargaan atas kesudian pihak industri berkongsi potensi sumbangan ilmu demi manfaat warga universiti dan masyarakat.

Baca lanjut: https://www.facebook.com/share/p/14T6vpqatPu/

Post a Comment

Terbaru Lebih lama