Shah Alam, 23 Januari 2026 – Satu Perbincangan Penerbitan Monograf IMPAK dan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama PTAR sebagai langkah memperkukuh kerjasama strategik dalam bidang penerbitan ilmiah dan pemerkasaan ketampakan khazanah ilmu.

Perbincangan ini telah dihadiri oleh wakil IMPAK yang diketuai oleh Dr. Khairudin Murad, Pengarah IMPAK, bersama Dr. Nadia Widyawati Madzhi dan Encik Rahman Naim bin Mat Ali.
Manakala PTAR diwakili oleh Dr. Adlina Abdullah, Pengarah Bahagian Sumber Rujukan Universiti, serta Encik Abdul Razak Abdul Rahman dan Encik Mohd Alfarabie Mohd Nasir.

Fokus utama perbincangan adalah menjurus kepada kerjasama strategik dalam aspek penerbitan monograf berimpak, khususnya bagi meningkatkan ketampakan dan pemeliharaan bahan Khazanah Alam Melayu melalui pendekatan penerbitan dan pengurusan sumber yang lebih sistematik dan lestari.

Inisiatif ini selari dengan peranan PTAR sebagai pemangkin budaya ilmu serta pusat rujukan utama dalam memelihara dan mengetengahkan warisan intelektual Melayu ke peringkat nasional dan antarabangsa.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama