Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menganjurkan
Majlis Sanjungan Budi sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan atas jasa serta sumbangan bakti warga perpustakaan yang menamatkan perkhidmatan, bertempat di Bilik Seminar, PTAR, pada 22 Januari 2026 (Khamis) jam 2.30 petang.

Majlis penuh bermakna ini diraikan khusus bagi menghargai sumbangan tiga orang staf yang telah menabur khidmat dengan dedikasi dan komitmen tinggi sepanjang tempoh perkhidmatan mereka iaitu Puan Noor Hayati binti Abu Kassim, Encik Mohamad Rusli bin Ayob dan Encik Mohamad Komiri bin Surono.

Bertemakan “Jasamu Dikenang, Budimu Disanjung”, majlis ini menjadi wadah mengenang jasa, mencatat kenangan serta merakam penghargaan institusi terhadap peranan besar yang dimainkan oleh para staf dalam memperkasa perkhidmatan perpustakaan, membudayakan ilmu dan menyokong ekosistem pembelajaran universiti.

Majlis turut diserikan dengan ucapan penghargaan oleh Ts Haji Azizi bin Jantan, Ketua Pustakawan UiTM, yang menzahirkan rasa terima kasih atas sumbangan, kesetiaan dan integriti yang telah ditunjukkan oleh para staf bersara sepanjang berkhidmat di PTAR.

Penganjuran Majlis Sanjungan Budi ini mencerminkan komitmen PTAR dalam menghargai modal insan serta menyemai budaya hormat, terima kasih dan kebersamaan dalam kalangan warga perpustakaan, selaras dengan aspirasi Pembudayaan Ilmu, Membentuk Adiwangsa.

Baca lanjut: 
https://www.facebook.com/share/p/1Bga2srnU7/

Post a Comment

Terbaru Lebih lama