30 Januari 2026 | Shah Alam — Program Rakaman Audio Siar Perutusan Pendaftar kepada Persatuan Pegawai Eksekutif UiTM telah berjaya dilaksanakan hasil jaringan kerjasama strategik antara Persatuan Pegawai Eksekutif Universiti Teknologi MARA dan Perpustakaan Tun Abdul Razak. Rakaman berlangsung di Ruang Media PTAR UiTM Shah Alam, sebagai inisiatif memperkukuh komunikasi, perkongsian maklumat dan pembudayaan ilmu dalam kalangan pegawai eksekutif universiti.
Rakaman ini menampilkan Tuan Haji Muhamad Nizam bin Noordin, Pendaftar UiTM, sebagai panel jemputan yang menyampaikan perutusan berfokus hala tuju, tadbir urus dan pengukuhan profesionalisme warga UiTM. Kehadiran beliau telah disantuni oleh Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan, Ketua Pustakawan UiTM, sebagai simbol sokongan kepimpinan perpustakaan terhadap inisiatif ilmu berimpak tinggi.
Inisiatif audio siar ini mencerminkan peranan PTAR sebagai pemudah cara kandungan strategik universiti, memanfaatkan kemudahan media dan kepakaran pengurusan ilmu bagi memastikan mesej kepimpinan dapat diakses secara lebih meluas, fleksibel dan berimpak.

Catat Ulasan