Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menganjurkan Bengkel Literasi Maklumat Staf Perpustakaan UiTM selama dua hari pada 9–10 Februari 2026 bertempat di Bilik Seminar, PTAR 1, melibatkan 68 orang peserta dalam kalangan staf P&P dan Pelaksana.
Bengkel ini dirangka secara strategik bagi menyeragamkan penyampaian modul Literasi Maklumat, meningkatkan kompetensi instruktur dari aspek pedagogi, penggunaan teknologi serta kaedah pengajaran interaktif, di samping melahirkan fasilitator dalaman yang kompeten selaras dengan piawaian akademik dan amalan terbaik UiTM.
Seiring keperluan semasa ekosistem penyelidikan universiti, bengkel ini turut diperkaya dengan pengenalan Modul Research Data Management (RDM) bagi memperkukuh kefahaman instruktur terhadap tadbir urus data penyelidikan, amalan pengurusan data yang baik, sokongan kepada keterlihatan hasil penyelidikan serta pematuhan kepada keperluan pematuhan dan keterbukaan data.
Sepanjang bengkel, peserta mengikuti sesi hala tuju Literasi Maklumat PUiTM, perkongsian amalan terbaik penyampaian oleh pakar jemputan, serta sesi microteaching bagi mengukuhkan kemahiran praktikal sebagai Academic Learning Facilitator. Pendekatan ini menyokong kesinambungan UiTM Learning Hub Series, KPI UiTM dan Pelan Strategik PUiTM.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan PTAR dalam memperkasa kapasiti instruktur, memperkukuh kualiti penyampaian literasi maklumat dan RDM, serta memacu pembudayaan pembelajaran sepanjang hayat dalam ekosistem ilmu UiTM.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama