Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA (UiTM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan buku daripada Dato’ Dr. Mohamed Razali bin Dato’ Mohamed Yusoff, Pengerusi Lembaga Peradaban Melayu Malaysia (ADAB).
Sumbangan ini merangkumi koleksi Melayu, Minangkabau dan Wali-Songo, yang bukan sahaja memperkaya khazanah ilmu PTAR, malah memperkukuh peranan perpustakaan sebagai pusat rujukan warisan dan peradaban Melayu untuk generasi kini dan akan datang.
PTAR komited untuk memelihara, mengurus serta memartabatkan koleksi warisan ini agar dapat dimanfaatkan oleh warga UiTM, penyelidik dan masyarakat umum sebagai sumber rujukan berautoriti.
Terima kasih atas amanah ilmu yang disumbangkan.
Semoga khazanah ini terus menyemai kecintaan terhadap ilmu dan warisan peradaban bangsa.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama