PROGRAM TALAQQI KEROHANIAN – SIRI 2
📖 Pengajian Al-Quran dan Asas Tarannum
Pengenalan kepada Al-Quran
Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM dengan kerjasama Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) telah menganjurkan Program Talaqqi Kerohanian Siri 2 yang berlangsung dengan penuh penghayatan ilmu dan roh keinsanan.
Program ini menampilkan penceramah jemputan, Profesor Madya Dr Mohd Asmadi bin Yakob, Ketua Pusat Pengajian (KPP) Pendidikan, Akademi Pengajian Islam Kontemporari yang membimbing peserta mendalami asas pengenalan Al-Quran serta seni tarannum sebagai satu disiplin ilmu yang memperindah bacaan dan menghidupkan jiwa.
📍 Lokasi: Ruang Telaah, PTAR UiTM Shah Alam
🗓 Tarikh: 27 Februari 2026 | 9 Ramadan 1447H
🕤 Masa: 9.30 pagi
🎥 Disiarkan secara langsung melalui YouTube & Facebook Perpustakaan UiTM
Turut hadir memeriahkan program:
✨ YBrs. Tuan Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan, Ketua Pustakawan UiTM
✨ YBrs. Prof. Dr. S. Salahudin Suyurno, Dekan ACIS
Kehadiran barisan kepimpinan ini melambangkan komitmen berterusan UiTM dalam memperkukuh budaya ilmu yang seimbang antara kecemerlangan akademik dan pembinaan rohani.
🌍📚 Pembudayaan Ilmu Dunia & Akhirat
Program Talaqqi ini bukan sekadar kelas bacaan, tetapi medan membina insan berilmu, beradab dan berakhlak, selari dengan aspirasi UiTM sebagai universiti yang membudayakan ilmu secara holistik.
Al-Quran sebagai sumber wahyu bukan sahaja membimbing kehidupan akhirat, malah menjadi asas pembentukan tamadun, kepimpinan, integriti dan kecemerlangan duniawi. Inilah manifestasi sebenar Vibrant Centre of Learning – perpustakaan bukan sekadar pusat sumber, tetapi pusat penyuburan jiwa dan pemerkasaan intelektual.
Di ruang perpustakaan yang sinonim dengan buku dan data, kini bergema juga alunan ayat suci yang menenangkan hati menyatukan ilmu akademik dan ilmu wahyu dalam satu ekosistem pembelajaran yang harmoni.
Semoga usaha kecil ini menjadi asbab lahirnya generasi ulul albab – cemerlang dalam akademik, teguh dalam akidah, indah dalam akhlak.

Baca Lanjut: https://www.facebook.com/share/p/1CNXGktXB1/

Post a Comment

Terbaru Lebih lama