Perpustakaan UiTM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBrs. Ts. Haji Mohamad Hamidi bin Mohd Jais, Ketua Timbalan Pustakawan UiTM Cawangan Selangor, yang telah menamatkan perkhidmatan dengan penuh dedikasi dan komitmen pada 4 Mac 2026 setelah mencurahkan bakti selama 39 Tahun 6 Bulan 4 Hari bersama Universiti Teknologi MARA.
Sepanjang tempoh perkhidmatan sejak 1 Ogos 1986, beliau telah memberi sumbangan yang amat bermakna kepada pembangunan dan pemerkasaan perkhidmatan perpustakaan UiTM. Perjalanan kerjaya beliau merentasi beberapa institusi perpustakaan UiTM, antaranya:
- Perpustakaan Tun Abdul Razak, ITM/UiTM Shah Alam (1986–2003)
- Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI), UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat (2003–2006)
- Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam (2006–2020)
- Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam (2020–2026)
Dedikasi, kepimpinan serta pengalaman luas yang dicurahkan oleh beliau sepanjang hampir empat dekad perkhidmatan telah memberi impak besar kepada perkembangan dan kecemerlangan ekosistem perpustakaan UiTM.
Seluruh warga Perpustakaan UiTM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala jasa, bakti dan sumbangan yang telah dicurahkan.
Semoga persaraan ini membuka lembaran baharu yang lebih bermakna, dipenuhi kesejahteraan, kesihatan yang baik serta keberkatan dalam setiap langkah kehidupan.
Selamat Bersara dan terima kasih atas segala jasa dan bakti. Jasamu sentiasa dikenang dalam lipatan sejarah Perpustakaan UiTM.
Baca Lanjut: https://www.facebook.com/share/p/1Db1ULgHr8/

Catat Ulasan