Shah Alam, 6 Februari 2026 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah menerima sumbangan 10 naskhah buku hasil sumbangan Puan Rosnah, mantan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat Exxon yang berpangkalan di Dallas, Amerika Syarikat.
Sumbangan berharga ini mencerminkan komitmen berterusan alumni dan tokoh profesional dalam menyokong pembudayaan ilmu serta pengayaan koleksi perpustakaan universiti. Bahan bacaan yang disumbangkan merangkumi karya pemikiran dan penulisan bernilai tinggi yang berpotensi dimanfaatkan oleh warga UiTM khususnya dalam aspek rujukan, penyelidikan dan pengembangan minda.
Turut hadir mengiringi beliau ialah Puan Nik Suraya, mantan CEO PETRON Company, Kuala Lumpur, yang bersama-sama menyantuni pihak perpustakaan dalam sesi penyerahan sumbangan tersebut.
Pihak Perpustakaan Tun Abdul Razak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sumbangan yang diberikan. Inisiatif seumpama ini bukan sahaja memperkaya khazanah koleksi perpustakaan, malah mengukuhkan jaringan kolaborasi ilmu antara profesional industri dan institusi akademik.
Sumbangan ini selari dengan aspirasi UiTM dalam memperkukuh ekosistem Budaya Ilmu serta menjadikan perpustakaan sebagai nadi penyebaran pengetahuan dan pemikiran berimpak tinggi.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama