Program Research Bootcamp Programme untuk pelajar pascasiswazah Faculty of Accountancy, UiTM Shah Alam telah dilaksanakan dengan jayanya pada 6 Februari 2026 (Jumaat) bertempat di Makmal Komputer 2, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR). Program yang berlangsung dari 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari ini memberi pendedahan intensif kepada peserta berkaitan kemahiran pencarian literatur dan sokongan penerbitan akademik melalui modul Scopus AI, Web of Science: Mastering Literature Search, Publication Ethics dan Publication Tools.
Sesi ini dikendalikan oleh Cik Ummi Halimatunssaadiyya Shamsul Yuzli dan Puan Nik Zatihulwani Jamaludin selaku penceramah daripada Unit Literasi Maklumat. Seramai 20 orang pelajar pascasiswazah (PhD dan Sarjana/Master) telah menyertai program ini, dengan fokus meningkatkan kecekapan carian maklumat berimpak, pemahaman etika penerbitan, serta penggunaan alat sokongan penerbitan untuk memperkukuh kualiti penulisan dan penerbitan penyelidikan.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama