11 Februari 2026, telah diadakan taklimat bertajuk Smart Reference Management (Mendeley) sempena program Pre-PhD Preparation di Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD), Universiti Teknologi MARA Bandar Enstek.
Sesi taklimat ini telah disampaikan oleh:
  1. Puan Nik Zatihulwani Jamaludin
  2. Puan Zuhaslinda Sulaiman
Program ini telah disertai oleh 61 orang peserta, dengan fokus kepada pengukuhan kemahiran pengurusan rujukan dan sitasi secara sistematik, tepat dan berkesan. Taklimat ini bertujuan meningkatkan kecekapan peserta dalam menyokong penulisan akademik dan penyelidikan, khususnya sebagai persediaan ke peringkat pengajian PhD.
Diharapkan agar ilmu dan pendedahan yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam mempertingkatkan kualiti penulisan ilmiah dan pengurusan sumber rujukan.

Baca Lanjut: https://www.facebook.com/share/p/1Anq1tVESd/

Post a Comment

Terbaru Lebih lama