Program Talaqqi Kerohanian Siri 1: Kelebihan Menuntut Ilmu
25 Syaaban 1447H | 13 Februari 2026
Ruang Telaah PTAR hari ini bukan sekadar tempat membaca ia menjadi ruang menyantuni jiwa. Program Talaqqi Kerohanian Siri 1 telah menghimpunkan warga UiTM dalam suasana pengajian bertertib yang menekankan keikhlasan, disiplin dan penghayatan ilmu sebagai bekalan membina sahsiah dalam dunia akademik yang mencabar.
Sesi talaqqi yang dipimpin oleh Prof. Dr. S. Salahudin Suyurno, Dekan ACIS mengingatkan kita bahawa menuntut ilmu bukan sekadar menambah pengetahuan, tetapi membentuk hati, adab dan keseimbangan rohani. Inilah makna sebenar ilmu yang hidup diamalkan, dirasai dan dibawa dalam kehidupan seharian.
Lebih bermakna, sesi diteruskan dengan bacaan Yasin dan tahlil sebagai pengisian rohani sempena menyambut ketibaan Ramadan al-Mubarak. Doa dipanjatkan, hati ditenangkan, tekad diperbaharui.
Terima kasih kepada rakan strategik ACIS UiTM, barisan jawatankuasa dan seluruh warga UiTM yang hadir menghidupkan budaya talaqqi di PTAR.
Insya-Allah, kita teruskan langkah kecil yang konsisten memupuk budaya ilmu, membina jiwa berprinsip.
Baca Lanjut: https://www.facebook.com/share/p/1FJ5BXj7i7/

Catat Ulasan