Shah Alam, 17 April 2026 – Program Talaqqi Kerohanian Siri 7: Pengajian Al-Quran & Asas Tarannum telah berlangsung dengan jayanya pada pagi ini di Ruang Telaah, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam.
Sesi ilmiah ini telah disampaikan oleh Dr. Ahmad Azlan Raihan, Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), yang mengupas kepentingan penghayatan Al-Quran serta asas seni tarannum dalam memperindah bacaan. Program ini merupakan inisiatif berterusan PTAR dalam menyemarakkan budaya ilmu dan penghayatan nilai spiritual dalam kalangan warga UiTM.
Sejurus selepas sesi talaqqi, majlis diteruskan dengan Bacaan Yaasin dan Doa Selamat khusus buat warga Perpustakaan UiTM yang bakal menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Doa dipanjatkan agar mereka dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta memperoleh haji yang mabrur.
Senarai Bakal Tetamu Allah:
- Encik Ahamad Zuber Mohamed
- Encik Abdul Razak bin Abdul Rahman
- Encik Mohd Izwan Bin Salim
- Puan Hani Liza Norfin
- Puan Noor Hayati Abu Kassim
Semoga program seperti ini terus menjadi platform memperkukuh sahsiah, mempererat ukhuwah serta memupuk keseimbangan antara kecemerlangan intelektual dan spiritual dalam kalangan warga perpustakaan.
Baca lanjut: https://www.facebook.com/share/p/1CTCE4C7n6/

Catat Ulasan