Hari ketiga Bengkel Penetapan Metadata Repositori Digital diteruskan dengan pengisian yang lebih mendalam dan berfokus kepada pemantapan kemahiran praktikal dalam kalangan peserta. Program dimulakan sesi utama Sambungan Bengkel Penetapan Metadata Repositori Digital yang dikendalikan oleh En. Muhammad Akmal bin Ahmad, Ahli KFK Pengkatalogan dan Metadata.
Sepanjang sesi ini, peserta didedahkan dengan pendekatan terkini dalam pengurusan dan penetapan metadata yang sistematik, selaras dengan keperluan pengindeksan dan keterlihatan repositori digital universiti. Perbincangan interaktif serta latihan hands-on turut memberi peluang kepada peserta untuk mengaplikasikan pengetahuan secara langsung dalam konteks sebenar.
Program diteruskan dengan Pembentangan Penetapan Metadata yang memberi penekanan kepada standard, konsistensi serta amalan terbaik dalam memastikan kualiti data repositori sentiasa terpelihara. Sesi ini turut membuka ruang perkongsian pengalaman dan cabaran sebenar dalam pengurusan metadata di peringkat institusi.
Turut hadir pada program hari terakhir Ketua Pustakawan UiTM, Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan yang memberikan sokongan moral serta penghargaan kepada semua peserta dan penganjur atas komitmen dalam memperkukuh pengurusan repositori digital UiTM.
Keseluruhan pengisian program ketiga-tiga hari tersebut, sekali gus menandakan komitmen berterusan Perpustakaan UiTM dalam memperkasa kompetensi staf ke arah pengurusan maklumat digital yang lebih efisien dan berimpak tinggi.
Baca lanjut: https://www.facebook.com/share/p/1XA184HwEF/

Catat Ulasan