UiTM Institutional Repository (UiTM IR) berjaya mencapai kedudukan ke-28 dunia dalam Transparent Ranking of Open Access Repositories (Mac 2026), sekaligus mengekalkan kedudukan sebagai repositori institusi nombor satu di Malaysia.
Sehingga kini, lebih daripada 103,000 bahan UiTM IR telah diindeks dalam Google Scholar, mencerminkan peningkatan keterlihatan dan impak penyelidikan universiti di peringkat global.
Sehubungan itu, semua warga UiTM digalakkan untuk terus menyumbang bahan harta intelek ke UiTM IR dan memanfaatkan UiTM IR sebagai platform utama perkongsian ilmu.
✨ Bersama kita memperkukuh keterlihatan global UiTM!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama