Program Bacaan Pantas bagi Tahap Lanjutan telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada hari ini, 8 April 2026, bertempat di Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam. Program yang bermula seawal jam 9:30 pagi hingga 12:30 tengah hari ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada para pelajar ijazah muda dan ijazah sarjana UiTM yang komited untuk meningkatkan kemahiran akademik mereka.
Sepanjang tiga jam sesi berlangsung, para peserta telah didedahkan secara mendalam bermula dengan slot pengenalan dan pemahaman asas mengenai mekanisme bacaan pantas yang berkesan. Pengisian diteruskan lagi dengan demonstrasi teknik-teknik bacaan pantas yang praktikal serta perkongsian cara-cara mengatasi pelbagai halangan utama yang sering melambatkan proses pembacaan sebelum ini.
Pihak penganjur ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta yang hadir dan memberikan kerjasama yang sangat aktif sepanjang program dijalankan. Semoga segala input dan strategi yang dipelajari hari ini dapat diaplikasikan sepenuhnya dalam tugasan harian serta membantu para pelajar menguruskan bahan bacaan akademik dengan lebih efisien dan pantas demi mencapai kecemerlangan masa hadapan.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama