6 Mei 2026 | Bahagian Arkib Universiti telah mengadakan satu sesi pertemuan bermakna bersama Alumni RIDA, YBhg. Dato’ Sri Mohamed Abid dan Tuan Haji Ami Salleh sebagai usaha memperkukuh pemeliharaan rekod sejarah serta khazanah warisan Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Sesi ini dipengerusikan oleh Encik Ahmad Amiri, Pengarah Bahagian Arkib Universiti dan turut dihadiri oleh Puan Aznur Umiza, Pengarah Bahagian Pengurusan Perpustakaan. Kehadiran alumni turut diiringi oleh Puan Aida dan Encik Luthfi.
Pertemuan ini menjadi platform penting dalam usaha mengumpul, mendokumentasi dan memelihara rekod-rekod bersejarah, bahan arkib, memorabilia serta naratif awal perkembangan institusi bermula daripada era RIDA hingga evolusi UiTM hari ini.
Perkongsian pengalaman dan memori oleh alumni bukan sahaja memperkayakan koleksi khazanah universiti, malah menjadi sumber rujukan bernilai tinggi untuk generasi masa hadapan dalam memahami perjalanan sejarah, perjuangan dan identiti UiTM sebagai institusi pendidikan unggul negara.
Inisiatif ini membuktikan komitmen Perpustakaan UiTM melalui Bahagian Arkib Universiti dalam memastikan warisan intelektual dan sejarah institusi terus dipelihara, didigitalisasikan dan diwariskan kepada masyarakat serta warga universiti.
“Khazanah sejarah bukan sekadar rekod masa lalu, tetapi asas pembinaan identiti dan legasi masa hadapan.”
Baca lanjut: https://www.facebook.com/share/p/1aEh7fQHaU/

Catat Ulasan