Shah Alam, 7 Mei 2026 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam telah menerima kunjungan bagi Lawatan & Sesi Pengesahan Dokumen Audit Kendiri Perjawatan Organisasi (AKPO) yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama PTAR.
Sesi pengauditan ini diadakan sebagai salah satu langkah kawalan dalaman organisasi bagi memastikan pengurusan sumber manusia sentiasa mematuhi waran perjawatan yang telah diluluskan di samping mengemaskini maklumat perjawatan semasa secara teratur dan sistematik.
Audit tersebut diketuai oleh Puan Rizadora binti Muhamad Arsad selaku Ketua Auditor bersama barisan auditor iaitu:
- Puan Azrena binti Wan Chik
- Puan Adlin binti Samsudin
- Puan Anna Kartini binti Ahmad Lotfi
- Puan Diana binti Semaon
Turut hadir mewakili Jabatan Perpustakaan:
- Puan Aznur Umiza binti Abu Kasim@Abu Kassim, Pengarah Bahagian Pengurusan Perpustakaan
- Puan Siti Aishah binti Sadan, Ketua Seksyen Kualiti & Kecemerlangan Operasi
- Puan Wan Nur Khalidah binti Wahed, Ketua Seksyen Dokumentasi & Sekretariat
- Cik Nurul Hafiza binti Busra, Ketua Unit Sumber Manusia
Manakala wakil daripada GESTURZ terdiri daripada:
- Encik Nurul Muzamel bin Rasidi (Menjalankan Tugas Pengarah)
- Encik Aedie Azrul bin Ab Aziz (Pegawai Eksekutif)
Pelaksanaan sesi ini mencerminkan komitmen PTAR UiTM dalam memperkukuhkan budaya tadbir urus yang cekap, pengurusan sumber manusia yang berkualiti serta memastikan organisasi terus bergerak seiring dengan aspirasi kecemerlangan universiti.
Selain menjadi medium semakan dan pengesahan dokumen, sesi ini turut membuka ruang perkongsian serta penambahbaikan proses kerja demi memastikan pengurusan organisasi kekal relevan, efisien dan berdaya saing.
📸 Gambar sekitar sesi telah dirakam oleh Fikree sepanjang program berlangsung.

Catat Ulasan