SHAH ALAM, 17 Julai — Ketua Pustakawan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan telah menyatuni Dekan Fakulti Pergigian MAHSA University, YBhg. Profesor Dato’ Dr. Mohamed Ibrahim Abu Hassan di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam, hari ini.

Pertemuan mesra tersebut berlangsung di Ruang Media PTAR sejurus selesai sesi rakaman podcast Smile 5.0 panjutan anjuran Fakulti Pergigian UiTM Kampus Sungai Buloh. Untuk rekod, Profesor Dato’ Dr. Mohamed Ibrahim merupakan mantan Dekan Fakulti Pergigian UiTM.

Semasa kunjungan berkenaan, Profesor Dato’ Dr. Mohamed Ibrahim telah dibawa melawat beberapa bahagian penyimpanan khazanah penting universiti, terutamanya Koleksi Khas Jawi dan Koleksi Razak Sensei. Sesi lawatan itu turut memberi ruang kepada kedua-dua pihak berkongsi pandangan mengenai keunikan serta pemeliharaan koleksi ilmu istimewa yang diuruskan oleh PTAR.

Pihak pengurusan PTAR berharap penganjuran kunjungan mesra ini dapat terus memantapkan jaringan kerjasama akademik rentas institusi, di samping memperkasa usaha memartabatkan warisan ilmu dan budaya di peringkat institusi pengajian tinggi (IPT).

Baca lanjut: 
https://www.facebook.com/share/p/1BzHn455i5/

Post a Comment

Terbaru Lebih lama