SHAH ALAM, 10 Julai — Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam meneruskan usaha pengukuhan nilai kerohanian warga universiti menerusi penganjuran Siri Ke-12 Program Talaqqi Kerohanian (Edisi Khas Muslimah) di Ruang Telaah PTAR, hari ini.

Sesi pengajian kerohanian berfokus itu menampilkan Pensyorah Kanan Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) UiTM, YBrs. Dr. Asmaa’ Mohd Arshad, selaku Guru Talaqqi dengan menyampaikan pengisian bertajuk "Makna dan Pengalaman Kebahagiaan dalam Islam".

Sesi berkenaan mengupas secara mendalam tentang perspektif kebahagiaan mengikut syariat Islam yang melangkaui aspek kebahagiaan material, merangkumi ketenangan jiwa, ketakwaan, serta hubungan spiritual seseorang hamba dengan Penciptanya.

Program edisi khas muslimah ini diadakan bertujuan untuk memberikan ruang pembelajaran keagamaan yang kondusif dan khusus, sekali gus menggalakkan penyertaan aktif dalam kalangan warga kerja dan pelajar wanita UiTM.

Pihak pengurusan PTAR berharap agar penganjuran program Talaqqi Kerohanian secara berkala ini dapat terus menjadi platform utama dalam membentuk sahsiah terpuji serta memperkasakan pembangunan rohani seluruh warga kampus selari dengan kecemerlangan akademik.

Baca lanjut: https://www.facebook.com/share/p/1HXcQL5iCW/

Post a Comment

Terbaru Lebih lama