Program Literasi Info Cilik: Smart Readers, Smart Thinkers (Speed Reading) telah berjaya dilaksanakan pada 8 Julai 2026 (Rabu) dari jam 9.30 pagi hingga 1.00 tengah hari di Pusat Sumber SK Petaling 1, Kuala Lumpur dengan penglibatan seramai 40 orang pelajar.
Sepanjang program berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan pengenalan asas teknik bacaan pantas, menjalani ujian kepantasan membaca serta menyertai kuiz bacaan pantas yang interaktif. Pengisian program ini bertujuan meningkatkan kemahiran membaca secara pantas dan berkesan, di samping memupuk minat membaca serta menggalakkan pelajar berfikir secara kritis melalui aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan.
Semoga program seperti ini dapat terus menyemai budaya membaca dalam kalangan murid serta melahirkan generasi yang berilmu, berfikiran kritis dan mampu mengaplikasikan kemahiran membaca secara efektif dalam kehidupan seharian. Terima kasih diucapkan kepada pihak SK Petaling 1, Kuala Lumpur atas kerjasama yang diberikan serta kepada semua peserta yang telah menunjukkan komitmen dan penglibatan yang aktif sepanjang program berlangsung.
Baca lanjut: https://www.facebook.com/share/p/1EejWcNxAU/


Catat Ulasan