SHAH ALAM, 8 Julai — Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA (UiTM) menerima kunjungan penandaarasan daripada Institute of Strategic & International Studies (ISIS) Malaysia di sini, hari ini.

Delegasi ISIS Malaysia tersebut diketuai oleh Ketua Penyelidikan, Encik Muhammad Harris bin Zainul, bersama Eksekutif Perpustakaan, Puan Nor Asfasyuhada binti Abdullah.

Lawatan penandaarasan berkenaan bertujuan memperkukuh aspek pengurusan perpustakaan, meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan, serta menambah baik kemudahan yang ditawarkan kepada komuniti akademik dan penyelidik.

Sesi perbincangan itu turut menjadi platform pertukaran idea, pengalaman, dan amalan terbaik antara PTAR dan ISIS Malaysia dalam usaha memperkasakan peranan perpustakaan sebagai pusat kecemerlangan ilmu serta sokongan penyelidikan berimpak tinggi.

Pertemuan tersebut telah disantuni oleh barisan pegawai kanan PTAR yang diketuai Pengarah Bahagian Pengurusan Perpustakaan, Puan Aznur Umiza Abu Kassim, dan Pengarah Bahagian Perpustakaan Digital, Dr. Hajjah Zalifah Awang Zakaria. Turut hadir ialah Ketua Unit Korporat & Kolaborasi, Puan Nurul Farihah Sarmin Panut; Pustakawan Kanan Seksyen Penerbitan & Perhubungan Awam, Encik Mohd Alfarabie Mohd Nasir; serta Pustakawan Seksyen Pengurusan Portal dan Laman Web, Encik Ammarfarhan Aminuddin.

Pihak pengurusan PTAR menegaskan komitmen berterusan universiti dalam mengukuhkan jaringan profesional dan kolaborasi strategik bersama institusi luar demi memartabatkan peranan perpustakaan sebagai hab ilmu yang unggul.

Baca lanjut: https://www.facebook.com/share/p/1C7Cnk6aUK/

Post a Comment

Terbaru Lebih lama