SHAH ALAM, 21 Julai — Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Alam Bina menerima sumbangan sebanyak 200 naskhah buku rujukan akademik dalam bidang seni bina dan alam sekitar daripada mantan pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM), Puan Kamariyah binti Kamsah.

Sumbangan itu disampaikan oleh Puan Kamariyah yang merupakan mantan pensyarah di Fakulti Perancangan dan Ukur, Institut Teknologi MARA (kini Fakulti Alam Bina, UiTM) bagi tempoh perkhidmatan dari tahun 1981 hingga 2001.

Koleksi berkenaan memberi fokus kepada bidang Seni Bina Landskap, Pengurusan Taman, serta Alam Sekitar yang disifatkan sebagai bahan rujukan berharga bagi memperkayakan sumber akademik warga universiti.

Majlis penyerahan sumbangan tersebut diterima oleh Pustakawan Kanan PTAR Alam Bina, Puan Hanani binti Rojikin, bersama Pembantu Pustakawan Kanan, Puan Nor Azini binti Azman.

Warga pengurusan PTAR Alam Bina menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas keprihatinan dan semangat perkongsian ilmu yang ditunjukkan oleh Puan Kamariyah. Inisiatif murni itu bukan sahaja memantapkan koleksi bahan bacaan perpustakaan, malah membuktikan kelangsungan komitmen mantan tenaga pengajar terhadap perkembangan akademik institusi berkenaan.

Dalam pada itu, pihak perpustakaan memaklumkan bahawa kesemua naskhah yang diterima telah diserahkan kepada Bahagian Sumber Rujukan Universiti untuk tindakan selanjutnya. Buku-buku berkenaan akan menjalani proses pengprosesan teknikal dan agihan sebelum sedia untuk dipinjam dan dirujuk oleh warga UiTM.

Baca lanjut: 
https://www.facebook.com/share/p/196y6C6n9R/

Post a Comment

Terbaru Lebih lama