20 Julai 2026 | 5 Safar 1448H 

Selesai sesi bicarawara Startegi siri 3 diruang media PTAR, Ketua Pustakawan UiTM, Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan mengiringi YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin, Naib Canselor UiTM, dalam lawatan ringkas ke beberapa lokasi strategik di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR).

Lawatan dimulakan dengan kunjungan Bahagian Sumber Rujukan Universiti bagi melihat Koleksi Jawi, yang menempatkan khazanah ilmu dan warisan intelektual Melayu yang amat bernilai. Kesempatan ini dimanfaatkan untuk berkongsi usaha berterusan PTAR dalam memelihara, mendigitalkan dan memastikan manuskrip serta bahan persuratan Jawi terus lestari sebagai sumber rujukan generasi kini dan akan datang.

Seterusnya, Naib Canselor turut dibawa meninjau projek naik taraf kemudahan tandas PTAR, termasuk penyediaan kemudahan mesra Orang Kurang Upaya (OKU), serta perkembangan projek penggantian lif baharu yang sedang dilaksanakan. Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan universiti dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih selesa, selamat, inklusif dan kondusif kepada seluruh warga kampus.

Sesungguhnya, setiap penambahbaikan yang dilaksanakan bukan sekadar mempertingkatkan kemudahan fizikal, malah memperkukuhkan fungsi perpustakaan sebagai gudang ilmu yang menyokong kecemerlangan akademik, penyelidikan dan pembangunan modal insan.

Semoga segala usaha ini terus memberi manfaat kepada seluruh warga UiTM dan menjadi pemangkin kepada pembudayaan ilmu yang berterusan.

Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional

Pembudayaan Ilmu Membentuk Adiwangsa

Baca lanjut: 
https://www.facebook.com/share/p/1V6HwmQB9P/

Post a Comment

Terbaru Lebih lama