SHAH ALAM, 9 Julai — Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA (UiTM) menerima kunjungan penandaarasan daripada delegasi Perpustakaan dan Pusat Digital Universiti Selangor (UNISEL) bagi meneroka amalan terbaik dalam transformasi digital perpustakaan, hari ini.

Lawatan kerja tersebut dianggotai oleh lima orang pegawai yang terdiri daripada dua wakil Perpustakaan UNISEL dan tiga wakil Pusat Digital UNISEL.

Kunjungan berkenaan bertujuan memantapkan pengurusan perpustakaan menerusi penandaarasan teknologi terkini. Antara fokus utama perbincangan merangkumi pengoperasian Sistem Pengurusan Perpustakaan (Library Management System – LMS), pengintegrasian teknologi RFID, sistem kawalan akses, perancangan kemudahan workstation, serta reka bentuk ruang pembelajaran digital.

Dalam sesi berkenaan, Pengarah Bahagian Pengurusan Perpustakaan PTAR, Puan Aznur Umiza Abu Kassim telah menyampaikan taklimat pengurusan Jabatan Perpustakaan UiTM. Manakala penerangan teknikal mengenai perkongsian sistem perpustakaan disampaikan oleh Pegawai Teknologi Maklumat Kanan, Puan Wan Izzatul Fahrah Wan Ishak bersama Encik Mohd Faizal Sawardi Lukman.

Pihak pengurusan PTAR berharap agar sesi pertukaran idea ini menjadi pemangkin kepada pengukuhan hubungan profesional antara UiTM dan UNISEL, sekali gus meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan perpustakaan yang cekap, inovatif, dan berimpak tinggi kepada pengguna di era digital.

Baca lanjut: https://www.facebook.com/share/p/182wbTLcMB/

Post a Comment

Terbaru Lebih lama