Dalam usaha memperkasakan ketepatan data maklumat penyelidikan dan keterlihatan kepakaran para akademik di Universiti Teknologi MARA (UiTM), para pensyarah dan penyelidik diseru untuk membuat semakan serta kemas kini data h-index dan citation masing-masing.
Kemas kini ini boleh dilakukan terus menerusi akaun PERMATA Perpustakaan UiTM dan akan diselaraskan secara automatik ke portal UiTM Expert.
Langkah Kemas Kini (Hanya 5 Minit!):
Layari portal rasmi PERMATA UiTM di
https://permata.uitm.edu.my .Log masuk ke akaun anda.
Semak dan kemas kini ID profil penyelidikan bagi pangkalan data berikut:
Scopus (Scopus ID)
Web of Science (WoS ID)
Google Scholar (Scholar ID)
Simpan maklumat terkini anda.
Kepentingan Kemas Kini Profil
Profil Author ID yang tepat memastikan semua bilangan citation dan h-index yang terkumpul diiktiraf sepenuhnya serta dipaparkan secara tepat dalam direktori penyelidik UiTM.
Saluran Bantuan & Sokongan Technical
Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah teknikal semasa membuat kemas kini, anda boleh memohon bantuan menerusi:
Sistem Aduan ICT (UNITS UiTM):
https://units.uitm.edu.my/ Category: JPI
Subcategory: UiTM Expert
Perpustakaan UiTM: Hubungi mana-mana Pustakawan Perpustakaan UiTM di kampus berhampiran anda.
Sama-sama kita membudayakan data yang tepat demi memartabatkan reputasi penyelidikan UiTM di peringkat global.
Pembudayaan Ilmu Membentuk Adiwangsa | UiTM di Hati Ku

Catat Ulasan