18 Ogos 2026, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM telah mengadakan Lawatan Kerjasama Strategik ke Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) sebagai platform untuk memperkukuh jaringan strategik serta meneroka peluang kolaborasi dalam pembangunan keusahawanan, khususnya keusahawanan Bumiputera.
Delegasi PTAR diketuai oleh Ts. Haji Azizi bin Hj. Jantan, Ketua Pustakawan UiTM, bersama Dr. Adlina Abdullah (Pengarah Bahagian Sumber Rujukan Universiti (BSRU), En. Shahrol Nizam bin Johol, (Timbalan Ketua Pustakawan , BSRU), Pn. Jaz Norfazuna Jaafar ( Pustakawan Kanan, BSRU) dan En. Mohd Faizal bin Sawardi Lukman (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di Perpustakaan UiTM (Bahagian Perpustakaan Digital)
Pihak INSKEN pula diwakili oleh:
- 1. YBhg. Datuk Mustaffa Kamil Ayub (Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, INSKEN)
- 2. Puan Farhana Binti Suhaimi (Pengurus Jabatan Data, Strategi & Analitik, INSKEN)
- 3. Ts. Abdul Hafiz Bin Muhammad (Eksekutif Kanan Jabatan Data, Strategi & Analitik, INSKEN)
- 4. Encik Amirul Akmal Bin Mohamad Rosli (Eksekutif Jabatan Data, Strategi & Analitik, INSKEN)
- 5. Puan Anisah Binti Anuar (Eksekutif Jabatan Pengurusan Pemegang Taruh, INSKEN)
- 6. Cik Nur Fatihah Binti Zamri (Eksekutif Jabatan Pembangunan Kapasiti, INSKEN)
Lawatan ini bertujuan memperkenalkan Repositori Keusahawanan UiTM sebagai platform pengumpulan, pemetaan dan perkongsian maklumat berkaitan keusahawanan, di samping membina kerjasama strategik serta memperkasa perkongsian ilmu berkaitan pembangunan usahawan Bumiputera.
Antara cadangan kolaborasi yang dibincangkan termasuk:
🔹 Integrasi dan perkongsian data usahawan Bumiputera
🔹 Penghubung maklumat modul latihan keusahawanan
🔹 Hebahan program keusahawanan kepada warga universiti
🔹 Perkongsian bahan rujukan keusahawanan secara berpusat
🔹 Pembangunan program kolaborasi bersama
🔹 Gunasama ruang bagi penganjuran program keusahawanan
Kerjasama ini diharapkan dapat mewujudkan ekosistem perkongsian ilmu dan maklumat keusahawanan yang lebih bersepadu, seterusnya meningkatkan ketampakan, akses kepada sumber rujukan serta menyokong pembangunan usahawan Bumiputera yang berdaya saing.
PTAR & INSKEN | Bersama Memperkasa Ekosistem Keusahawanan Bumiputera.
Baca lanjut: https://www.facebook.com/share/p/19UPfztyEd/

Catat Ulasan