3 Ogos 2026 – Ketua Pustakawan bersama seluruh warga Perpustakaan Universiti Teknologi MARA (UiTM) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Profesor Dr. Haji Mohd Sazili Shahibi, J.M.N atas pelantikan semula sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Universiti Teknologi MARA, yang berkuat kuasa pada 3 Ogos 2026.
Pelantikan semula ini merupakan satu pengiktirafan terhadap kepimpinan, pengalaman serta komitmen beliau dalam memperkukuh agenda pembangunan mahasiswa dan kecemerlangan universiti.
Seluruh warga Perpustakaan UiTM mendoakan agar YBrs. Profesor sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebijaksanaan, ketabahan serta keberkatan dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.
Semoga UiTM terus melakar kecemerlangan sebagai institusi pendidikan tinggi yang unggul, selaras dengan aspirasi universiti dalam melahirkan graduan berdaya saing dan berimpak tinggi.
Sekalung tahniah dan selamat menjalankan amanah.
Ikhlas daripada
Ketua Pustakawan dan Seluruh Warga Perpustakaan UiTM
Baca lanjut: https://www.facebook.com/share/p/1JoWwaGeJn/
Baca lanjut: https://www.facebook.com/share/p/1JoWwaGeJn/

Catat Ulasan