SHAH ALAM, 3 Ogos 2026 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM telah mengadakan Sesi Libat Urus 2 Ketua Penulis Laporan Tahunan Perpustakaan UiTM secara dalam talian melalui platform Google Meet. Sesi ini menghimpunkan wakil Person-in-Charge (PIC) daripada setiap Perpustakaan UiTM Cawangan bagi menyelaras penyediaan Laporan Tahunan Perpustakaan UiTM.
Sesi tersebut telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Ahmad Faizar Jaafar, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan merangkap Ketua Unit Dasar dan Perancangan Strategik, Bahagian Pengurusan Perpustakaan, PTAR UiTM Shah Alam.
Penganjuran sesi libat urus ini merupakan platform penting bagi memastikan penyediaan laporan tahunan dilaksanakan secara lebih sistematik, selaras dan memenuhi standard pelaporan organisasi. Perbincangan memberi penekanan kepada penyelarasan kandungan, ketepatan data, dokumentasi pencapaian serta penyampaian maklumat yang komprehensif bagi mencerminkan perkembangan dan kecemerlangan Perpustakaan UiTM sepanjang tahun.
Selain menjadi medium perkongsian maklumat dan penyelarasan, sesi ini turut mengukuhkan kerjasama strategik antara PTAR UiTM Shah Alam dengan seluruh Perpustakaan UiTM Cawangan dalam menghasilkan laporan tahunan yang berkualiti, berintegriti serta menjadi rujukan penting kepada pihak pengurusan universiti dan pemegang taruh.
Usaha berterusan ini mencerminkan komitmen Perpustakaan UiTM dalam memperkasakan budaya dokumentasi, tadbir urus yang baik serta kecemerlangan pengurusan berasaskan data demi menyokong aspirasi universiti ke arah institusi pendidikan tinggi bertaraf global.
Baca lanjut: https://www.facebook.com/share/p/1CN7ZZWyS9/

Catat Ulasan