Ketua Pustakawan UiTM dan seluruh warga Jabatan Perpustakaan UiTM merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada empat pustakawan atas pelantikan sebagai AI Champion Universiti Awam:

  1. Encik Mohamad Amarfarhan Aminuddin - Pustakawan, Bahagian Perpustakaan Digital, PTAR UiTM Shah Alam
  2. Tuan Haji Ahmad Akmal Mohd Idris - Pustakawan Kanan, Perpustakaan Tun Dr Ismail, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat
  3. Puan Noredayu Rosli - Pustakawan Kanan, Perpustakaan Tun Dr Ismail, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat
  4. Puan Noor Azlin Abdullah - Timbalan Ketua Pustakawan (KUP), Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak, Hospital Al-Sultan Abdullah

Pelantikan ini adalah bagi penggunaan Gemini dalam Google Workspace dan NotebookLM Enterprise di bawah inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Sebagai AI Champion, mereka menggalas peranan membimbing pensyarah dan pelajar melalui demonstrasi serta bengkel praktikal, berkongsi amalan terbaik dan menggalakkan penggunaan AI dalam pembelajaran dan penyelidikan.

Teknologi AI membuka peluang. Kepakaran pustakawan membantu warga universiti memanfaatkannya dengan bijak. Semoga amanah ini memperkukuh literasi AI dan menyemarakkan budaya ilmu yang kritis, beretika serta berinovasi di UiTM.

Pembudayaan Ilmu Membentuk Adiwangsa

Post a Comment

Terbaru Lebih lama