SHAH ALAM, 12 Oktober 2026 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA (UiTM) berbesar hati menerima kunjungan akademik delegasi dari Universitas Negeri Jakarta (UNJ), Indonesia yang diketuai oleh Dr. Sri Rahayu bersama enam (6) orang pelajar.

Lawatan yang diselaraskan oleh Kolej Kediaman Melati, UiTM Shah Alam ini bertujuan memberikan pendedahan kepada delegasi mengenai peranan PTAR sebagai pusat sokongan akademik universiti, khususnya dalam memperkasa pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan melalui penyediaan kemudahan, koleksi serta perkhidmatan perpustakaan.

Kunjungan ini turut membuka ruang perkongsian pengetahuan dan pengalaman berkaitan pengurusan serta perkhidmatan perpustakaan akademik, di samping memperkenalkan peranan PTAR dalam menyokong pembangunan ilmu dan budaya pembelajaran sepanjang hayat.

Selain memperkukuh hubungan akademik antara kedua-dua institusi, lawatan ini mencerminkan komitmen PTAR UiTM dalam menyokong agenda pengantarabangsaan universiti melalui jaringan kerjasama, pertukaran pengetahuan dan hubungan institusi merentas negara.

Jabatan Perpustakaan UiTM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada delegasi Universitas Negeri Jakarta (UNJ), Indonesia atas kesudian berkunjung ke PTAR. Semoga kunjungan ini menjadi pemangkin kepada hubungan akademik yang lebih erat serta membuka peluang kerjasama pada masa hadapan.

PTAR UiTM – Memperkasa Ilmu, Memperluas Jaringan Global.

Baca lanjut: https://www.facebook.com/share/p/17fXk5ZyVo/

Post a Comment

Terbaru Lebih lama