SHAH ALAM, 8 Oktober 2026 – Pengisian hari pertama Pesta Buku UiTM 2026 diteruskan dengan Program Literasi Al-Quran dan Literasi Kurang Upaya (Bahasa Isyarat), yang mengetengahkan kepentingan penghayatan ilmu kerohanian serta keterangkuman dalam penyampaian ilmu.
Program ini menampilkan Dr. Syed Shahridzan Syed Mohamed, Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), menerusi pengisian Tadabur Surah Al-Fatihah, serta Dr. Ahmad Azlan Raihan, Pensyarah Kanan ACIS, melalui pengisian Berzanji.
Penganjuran program ini merupakan hasil kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) bersama Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Bahagian Hal Ehwal Islam (BHEI) serta Bahagian Perkhidmatan dan Pembangunan OKU UiTM (U-DServeD).
Melalui pengisian yang menggabungkan elemen kerohanian dan kesedaran terhadap kepelbagaian keperluan pembelajaran, program ini memperlihatkan kepentingan menyediakan ruang ilmu yang inklusif dan boleh diakses oleh segenap lapisan masyarakat.
Inisiatif ini turut memperkukuh peranan Perpustakaan UiTM dalam menyokong pembelajaran sepanjang hayat, pembangunan sahsiah dan pembudayaan ilmu berteraskan nilai kemanusiaan.
“Pembudayaan Ilmu, Memperkasa Komuniti”
Baca lanjut: https://www.facebook.com/share/p/1DxDKchX9C/
Siaran ulangan: https://youtube.com/live/HYx4jpR0Qi0

Catat Ulasan