SHAH ALAM, 14 Oktober 2026 – Jabatan Perpustakaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam telah menerima kunjungan delegasi Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Melaka bagi mengikuti Taklimat Pengurusan Rekod Berpusat Perpustakaan yang berlangsung di Bilik Seminar PTAR, UiTM Shah Alam.
Program ini menjadi platform perkongsian ilmu dan pengalaman mengenai strategi serta pelaksanaan pengurusan rekod berpusat yang lebih sistematik, cekap dan berkesan dalam memperkukuh tadbir urus rekod universiti.
Sesi perkongsian dimulakan oleh Puan Wan Nur Khalidah binti Wahed, Pustakawan, yang membentangkan konsep, strategi dan pelaksanaan pengurusan rekod berpusat, diikuti oleh taklimat Digital Document Management System (DDMS) oleh Cik Noor Syafika binti Zulkifeli, Pegawai Eksekutif.
Program diteruskan dengan perkongsian penggunaan DDMS oleh Encik Zharif Farhan bin Muhamad Pauzi, Pembantu Pustakawan Kanan, serta sesi praktikal pengurusan fail oleh Puan Siti Fatimah binti Mahat, Kerani, bagi memberikan pendedahan secara langsung mengenai pengendalian dan pengurusan rekod.
Program diteruskan dengan ucapan oleh Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan, Ketua Pustakawan UiTM, yang menekankan kepentingan memperkukuh strategi pelaksanaan pengurusan rekod berpusat, mengenal pasti rekod bagi tujuan migrasi daripada Klasifikasi Fail (KF) lama kepada KF baharu serta memantapkan persediaan pelaksanaan DDMS ke arah pengurusan rekod universiti yang lebih sistematik, cekap dan berkesan.
Delegasi kemudiannya berpeluang melawat Bilik Registri dan Rekod PTAR bagi melihat secara langsung pelaksanaan pengurusan rekod berpusat, merangkumi proses penerimaan, pendaftaran, penyimpanan dan pengendalian rekod secara sistematik.
Diharapkan perkongsian ini dapat dimanfaatkan dalam memperkukuh pelaksanaan pengurusan rekod berpusat di UiTM Cawangan Melaka, sekali gus meningkatkan kecekapan dan keberkesanan tadbir urus rekod universiti.
“Rekod Terurus, Tadbir Urus Diperkukuh, Memori Institusi Terpelihara.”
Pembudayaan Ilmu Membentuk Adiwangsa.
Baca lanjut: https://www.facebook.com/share/p/1CMNd5ynTZ/


Catat Ulasan