SHAH ALAM, 8 Oktober 2026 – Program Wacana MADANI melengkapkan rangkaian pengisian ilmiah hari pertama Pesta Buku Universiti Teknologi MARA (UiTM) 2026 dengan mengetengahkan kepentingan wacana intelektual dalam pembangunan masyarakat berpengetahuan dan berteraskan nilai.
Sesi yang berlangsung di Dewan Muktamar, Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, UiTM Shah Alam ini menampilkan Tuan Haji Amidi Dato’ Abd Manan, Pengurus Eksekutif Institut Darul Ehsan (IDE), sebagai panel, manakala Hanif bin Ahmad Baharuddin, Eksekutif IDE Research Centre, bertindak sebagai moderator.
Penganjuran Wacana MADANI menyediakan pelantar perkongsian perspektif dan percambahan idea berkaitan kepentingan ilmu, pemikiran kritis serta nilai kemasyarakatan dalam membentuk komuniti yang progresif dan sejahtera.
Seiring aspirasi pembudayaan ilmu, program ini turut menyerlahkan peranan perpustakaan sebagai ruang pertemuan pemikiran yang menghubungkan ahli akademik, institusi dan masyarakat melalui perkongsian ilmu yang bermakna.
Pesta Buku UiTM 2026 bukan sekadar medan mendapatkan bahan bacaan, malah menjadi pemangkin kepada pembentukan masyarakat yang menghargai ilmu, keterbukaan pemikiran dan pembelajaran sepanjang hayat.
“Pembudayaan Ilmu, Memperkasa Komuniti”
Baca lanjut: https://www.facebook.com/share/p/1Ee6CjzGtB/
Siaran ulangan: https://youtube.com/live/8KTuVjRDQx8

Catat Ulasan