| Nama Program | : | Siri Jerayawara Informasi Perpustakaan Bersama Fakulti Perladangan & Agroteknologi |
| Masa | : | 9.30 pagi sehingga 12.30 tengahari |
| Tempat | : | Bilik Mesyuarat UIC, UiTM Shah Alam |
Jerayawara informasi adalah satu program di mana pihak perpustakaan bergerak secara berkumpulan mengunjungi fakulti-fakulti, pusat dan bahagian yang terdapat di UiTM bagi menjalinkan hubungan baik dan kerjasama di antara pihak perpustakaan dan pihak fakulti, pusat dan bahagian.
OBJEKTIF
| 1 | . | Matlamat utama program ini adalah untuk mempromosikan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh perpustakaan kepada warga UiTM. |
| 2 | . | Berkongsi maklumat bersama pihak fakulti berkaitan sumber-sumber maklumat yang berkaitan dan sesuai untuk fakulti yang terdapat di perpustakaan yang boleh membantu sistem pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan fakulti berkenaan. |
| 3 | . | Mengenalpasti keperluan maklumat pihak fakulti, pusat dan bahagian. |
| 4 | . | Mendapatkan maklumbalas dan pandangan dari pihak fakulti, pusat dan bahagian bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan perpustakaan adalah bersesuaian dan berkualiti. |
| 5 | . | Mewujudkan kesedaran tentang kepentingan literasi maklumat kepada warga UiTM. |
Catat Ulasan