PANDUAN AKTIVITI SEMASA MASALAH JEREBU DI UiTM

1. Aktiviti Akademik dan Pejabat
(i) Aktiviti akademik seperti kuliah, makmal ditangguh jika IPU >250
(ii) Pejabat pentadbiran ditutup jika IPU>300
(iii) Hanya Pejabat Keselamatan, Kesihatan dan OSHE akan bertugas jika IPU>350

2. Aktiviti fizikal seperti sukan dan rekreasi di luar bangunan
(i) Tidak digalakkan jika IPU>150
(ii) Tidak dibenarkan jika IPU>200

3. Semua aktiviti luar termasuk majlis yang melibatkan orang ramai berkumpul di luar tidak dibenarkan jika IPU>250

4. Aktiviti Fogging
(i) Fogging seluruh kampus awal semester yang belum selesai dihentikan
(ii) Walau bagaimanapun, fogging lokaliti kes akan dibuat jika IPU<50 p="">




Sumber : 
PEKELILING PENGARAH PUSAT KESIHATAN
BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR UiTM

Post a Comment

Terbaru Lebih lama