10 Ogos 2020 |Shah Alam

Bicara Tokoh: Peranan Raja-Raja dalam Proses Kemerdekaan

Sempena dengan bulan kebangsaan dan Sambutan Hari Penubuhan UiTM, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM dengan kerjasama Kursi Institusi Raja-Raja Melayu telah menganjurkan Program bual bicara secara langsung bertajuk “Bicara Tokoh: Peranan Raja-Raja dalam Proses Kemerdekaan”.  

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, YBhg. Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad telah berbesar hati berkongsi pengalaman menelusuri lipatan sejarah Raja-Raja Melayu dalam menuntut kemerdekaan negara.

Perkongsian beliau secara tidak langsung telah meningkatkan ilmu pengetahuan serta semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat khususnya warga UiTM supaya kedaulatan institusi diraja dan negara dapat dipertahankan. 

Turut hadir, Naib Canselor UiTM Prof. Emeritus Datuk Ir. Dr. Mohd Azraai, Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Prof. Emeritus Datuk Dr. Zainal Kling,  Timbalan-Timbalan Naib Canselor, Ketua Pustakawan UiTM Ts. Noor Hidayat bin Adnan, Barisan Pengurusan Kanan UiTM dan warga UiTM.






Like and follow us:

Post a Comment

Terbaru Lebih lama