Kunjungan Hormat ke Pusat Asasi, UiTM Kampus Dengkil


10 Ogos 2020, Dengkil

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pusat Asasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Dengkil pada 10 Ogos 2020. Antara tujuan lawatan adalah untuk mengeratkan hubungan di antara PTAR dan fakulti; perkongsian maklumat mengenai perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan oleh PTAR; serta mendapatkan maklumbalas fakulti untuk penambahbaikan perkhidmatan.


Delegasi PTAR yang diketuai oleh Puan Adlina Abdullah (Pustakawan Kanan), Tuan Hj. Ahmad Faizar Jaafar, Puan Nor Azian Azis, Puan Roszainatul Haizan Rusli, Cik  Nor Sabariah  Mansor dan Puan Aina telah disambut oleh Pengarah Pusat Asasi, Dengkil,  Prof. Dr. Saifollah Abdullah  dan Pengurusan Kanan Pusat Asasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Dengkil dan satu perbincangan telah diadakan bagii membincangkan hubungan kerjasama di antara PTAR dan Pusat Asasi  serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh PTAR kepada warga Pusat Asasi , UiTM Kampus Dengkil.

Di samping itu, Program Book 2U juga turut diadakan semasa kunjungan hormat. Buku-buku terkini dan juga buku silibus telah dipamerkan. Program Book 2U tersebut telah mendapat sambutan dan beberapa transaksi pinjaman telah berjaya dilakukan.










Like and follow us:

Post a Comment

Terbaru Lebih lama