Pada 12 September 2022 (Isnin), di sebelah petang, Ketua Pustakawan UiTM dan Encik Ahmad Amiri bin Mohamad, Ketua Jabatan Arkib Universiti (JAU) terus ke PTAR Kampus Kuala Pilah untuk berjumpa dengan staf perpustakaan di sana. Terima kasih diucapkan kepada Ketua Perpustakaan Cawangan Negeri Sembilan, iaitu Puan Jamilah binti Md. Yusoff dan seluruh staf perpustakaan kerana telah menerima dan menyambut baik kedatangan mereka di sana.
Lawatan ini bermula dengan ucapan aluan dan diikuti sesi dua hala bersama staf perpustakaan Kampus Kuala Pilah. Pelbagai isu yang dibincangkan, antaranya mengenai Unit Arkib di sana. Ini menunjukkan komitmen yang berterusan oleh perpustakaan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada warga kampus. Saya juga telah di bawa melawat di sekitar perpustakaan di sana dan sesi bergambar sebagai kenangan.
Alhamdulillah. Selesai lawatan kerja Ketua Pustakawan UiTM untuk hari ini. Esok beliau akan ke PTAR Kampus Rembau untuk berjumpa staf di sana, di samping menerangkan kepentingan dan halatuju perpustakaan UiTM pada tahun 2025 untuk memastikan perpustakaan kekal relevan pada masa akan datang.
Catat Ulasan