Pada 12 September 2022 (Isnin), Ketua Pustakawan UiTM telah berkesempatan menjalankan lawatan kerja ke PTAR Negeri Sembilan Kampus Seremban yang turut diringi oleh Encik Ahmad Amiri bin Mohamad, Ketua Jabatan Arkib Universiti (JAU). Terima kasih diucapkan kepada Ketua Perpustakaan Cawangan Negeri Sembilan, iaitu Puan Jamilah binti Md. Yusoff dan staf perpustakaan di sana yang telah menyambut kehadiran mereka.


 
    
Lawatan ini dimulakan dengan ucapan aluan dan pembentangan pencapaian perpustakaan oleh Puan Jamilah binti Md. Yusoff. Kemudian diteruskan dengan sesi dua hala bersama staf perpustakaan mengenai isu-isu yang berkaitan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada warga kampus.

 

Ketua Pustakawan UiTM dan Encik Ahmad Amiri bin Mohamad juga telah di bawa melawat di sekitar perpustakaan di sana dan sesi bergambar sebagai kenangan.

Lawatan Ketua Pustakawan UiTM ke PTAR Cawangan Negeri Sembilan tidak tamat di situ. Beliau juga akan melawat PTAR Kampus Kuala Pilah pada sebelah petang dan akan ke PTAR Kampus Rembau pada keesokkan harinya.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama